Thursday 27 June 2013

BENJY DITANGKAP LAGI


Pelakon Khaeryl Benjamin atau lebih dikenali sebagai Benjy sekali lagi ditahan atas kes penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada pagi Rabu semalam.

Dipetik dari Utusan Malaysia, Benjy yang merupakan anak kepada seniwati Azean Irdawaty itu ditangkap kira-kira jam 11.30 pagi. Sewaktu serbuan dilakukan, pihak polis tidak menemui dadah bersamanya namun selepas menjalani ujian air kencing, dia didapati positif dadah jenis syabu.

Sebelum ini, pelakon berusia 30 an itu pernah ditahan pada Mac 2010 berhubung kes yang sama namun apa yang lebih menggemparkan ialah pihak polis telah menemui makmal memproses dadah di lokasi dia ditahan di pinggir ibu kota pada waktu kejadian. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan penahanan terbabit sewaktu dihubungi malam tadi dan berkata Benjy akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment