Friday 21 June 2013

SHILA BUAH HATI ASIA


Sebelum berjaya mengukuhkan namanya di persada seni, Shila Amzah pernah dikatakan menumpang populariti ayahnya, penyanyi terkenal era 1980-an, ND Lala.

Meskipun terpaksa menempuh pelbagai liku, dia yang mendapat pendedahan muzik sejak kecil tidak pernah patah semangat untuk menempatkan diri sebaris dengan penyanyi ternama lain. 

Penantian panjang Shila berakhir apabila dia merangkul gelaran naib juara program realiti One In A Million (OIAM) pada 2007. Meskipun tewas denganNorayu Damit, dia berpeluang menandatangani kontrak sebagai artis menandatangani kontrak sebagai artis Monkey Bone. 

Di awal kemunculan, Shila dikenali sebagai Shila Tekno kemudian beralih kepada Sha-Hila di usiaremaja. Nama Shila diberikan penganjur OIAM sebagai kod undian.


Dua bulan selepas pertandingan itu, Shila mula merasai aura sebenar sebagai penyanyi apabila memenangi pertandingan Penang Shanghai World Star Quest 2008 dengan mengetepikan pesaing dari luar negara.


Menerusi pertandingan itu,dia meraih anugerah pertamasebagai artis rakaman apabila mengungguli Anugerah Emas dan Lagu Terbaik. 

Dia juga pernah berpadu suara dengan Dafi Ismail melalui Rentas Optimis yang menjadi lagu tema kempen iklan Coca-Cola. 

Kembara seni anak sulung daripada empat beradik ini semakin indah apabila dijulang sebagai juara Asian Wave 2012 di Shanghai, China. 

Keunikan vokalnya bukan saja mencuri hati barisan juri, bahkan pencinta muzik Asia hingga mendapat jolokan ‘Asia’s Sweetheart’. 

Nama Shila turut tersenarai sebagai calon kategori Artis Wanita Terbaik Dunia (World’s Best Female Artist) bersama Dato’ Siti Nurhaliza dan Penghibur Terbaik 
Dunia (World’s Best Entertainer Of The Year), World Music Awards 2012. 


PROFIL: 

Nama Sebenar: Nur Shahila Amir Hamzah 
Tarikh Lahir: 13 Ogos 1990 
Asal: Kuala Lumpur 

Album: Sha-hila (2005), 5 Jingga ( 2008), Bebaskanlah (2009), 3 Suara (2011) 

Pencapaian: Bintang Kecil RTM (Tempat kedua), Anugerah Penyanyi Kanak-Kanak Popular ABPBH, One In A Million (Tempat kedua), Penang Shanghai World Star Quest 2008 (Lagu Terbaik), Anugerah Industri Muzik ke 16 (Persembahan Vokal Wanita Terbaik), Anugerah Planet Muzik 2010 (Duo/Kumpulan Terbaik), Anugerah Industri Muzik ke 18 (Persembahan vokal duo/kumpulan terbaik), Anugerah Juara Lagu ke 26 (Naib Juara Keseluruhan), Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (Artis Duo/Kumpulan Popular), Asian Wave 2012 Shanghai, China (Juara), Anugerah Industri Muzik ke 19 (Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik), Anugerah Shout! 2012 (Power Vocal House Award) 

No comments:

Post a Comment