Monday 17 June 2013

LIKE FATHER LIKE SON

Will smith & Jaden smith


Dalam filem "After Earth", Kitai Raige (Jaden Smith) dan bapanya Cypher (Will Smith) telah terdampar di planet Bumi akibat kapal mereka terhempas, 1000 tahun selepas melarikan diri dari situ akibat satu bencana yang memusnahkan. Apabila Cypher mengalami kecederaan parah, Kitai harus menempuhi perjalanan yang berbahaya dan penuh onak diri untuk mendapatkan bantuan, di mana dia harus berdepan dengan spesis baru yang menakluk bumi serta makhluk asing yang berjaya terlepas dari kapal mereka.

Filem arahan M. Night Shyamalan ini bukanlah filem pertama yang mempertemukan gabungan bapa dan anak Will dan Jaden Smith. Mereka sebelum ini pernah melakonkan watak bapa dan anak dalam filem "Pursuit Of Happyness" (2006).

Selain itu, Will dan Jaden juga bukan bapa dan anak pertama yang dipertemukan dalam sesebuah filem. Antara yang lainnya termasuk:

Martin & Charlie Sheen


Pelakon popular era 70-an dan 80-an, Martin Sheen pernah dipertemukan dengan anak lelakinya Charlie dalam beberapa buah projek, termasuk "No Code Of Conduct", "Anger Management" dan "Wall Street". Dalam "Wall Street", Martin melakonkan watak Carl Fox, bapa kepada broker saham Bud Fox yang cuba menjatuhkan ikon korporat terkenal, Gordon Gekko.

Martin Sheen & Emilio Estevez


Selain Charlie, Martin juga pernah bekerjasama anaknya, Emilio Estevez dalam tiga buah filem iaitu "The War At Home", "In The Custody Of Strangers" dan "The Way", dimana dalam ketiga-tiga buah filem tersebut, dia melakonkan watak sebagai bapa kepada Emilio. Sementara itu, Martin juga pernah menulis memoir bersama Emilio yang bertajuk "Along The Way".

Kirk, Michael & Cameron Douglas


Bintang terkenal era 50-an dan 60-an, Kirk Douglas, anak sulungnya Michael dan cucunya Cameron (anak Michael bersama Diandra Luker) pernah berlakon sebagai datuk, bapa dan cucu, Mitchell, Alex dan Asher Gromberg dalam filem "It Runs In The Family". Malah bekas isteri Kirk, Diana Dill turut berlakon sebagai isteri Kirk dalam filem ini. Malangnya, filem tersebut tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Donald & Kiefer Sutherland


Mereka punya kerjaya seni yang berbeza, di mana Donald si bapa lebih cenderung dengan filem-filem seperti "Pride And Prejudice", "The Hunger Games" dan "JFK", sementara Kiefer terlibat dengan siri televisyen dan filem-filem berbentuk aksi. Mereka juga berjaya mengabadikan nama mereka di Hollywood's Walk Of Fame, malah diletakkan sebelah-menyebelah. Namun Donald dan Kiefer juga pernah dipertemukan dalam "Max Dugan Returns" dan "A Time To Kill", sekalipun mereka berdua tidak melakonkan watak bapa dan anak dalam kedua-dua buah filem.

Jerry & Ben Stiller


Pelakon komedi Jerry Stiller dan anaknya, juga ikon dalam komedi Hollywood, Ben Stiller pernah dipertemukan dalam banyak filem termasuk "Zoolander", "Heavyweights" dan "Hot Pursuit". Sekalipun hanya melakonkan watak ejen kepada watak Zoolander lakonan anaknya, Ben dan Jerry (macam jenama aiskrim pula!) disatukan sebagai bapa dan anak dalam filem "Heartbreak Kid".

Lloyd, Jeff & Beau Bridges


Pelakon Lloyd Bridges pernah menampilkan anaknya Jeff dan Beau dalam "The Lloyd Bridges Show" dan "Sea Hunt". Dia dan anak sulungnya Beau kemudiannya dipertemukan dalam "Daddy", "The Wild Pair" dan "The Eleventh Hour", manakala dia dan anak keduanya Jeff pula pernah membintangi beberapa filem bersama termasuk "Tucker" dan "Blown Away".

No comments:

Post a Comment