Wednesday 19 June 2013

Susulan kes khalwat SHAHZ JASZLE


Susulan kes tangkap khalwat pelakon Shah Jaszle di sebuah unit Apartmen Taman Sri Subang 16 Mei lalu bersama seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Farah, 21, masih lagi hangat dengan pelbagai spekulasi.

Farah membidas kenyataan oleh Shahrizal yang mendakwanya perempuan psiko.

"Dakwaan kononnya saya perempuan aneh dan psiko sangat melampau dan saya tidak akan berdiam diri kerana saya bukannya bodoh seperti mana dia sangkakan," katanya kepada kepadaHarian Metro.

Jelasnya, dia sangat kecewa dengan Shahrizal yang cuba memberikan kenyataan yang sedemikian semata-mata untuk menyelamatkan diri dan menutup sikap curang terhadap tunangnya, Redzwani Puteri.

"Bukti dan saksi yang tahu kami bercinta ada pada saya dan jangan sampai semuanya didedahkan jika keadaan mendesak. Malah, saya masih menyimpan semua perbualan kami menerusi BBM di telefon sebagai bukti."

Tambahnya lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada media asalkan nama baiknya dan keluarga dapat dibersihkan.

"Jika benar dia (Shahrizal) bercakap benar, datang bersemuka atau kita berdepan pihak media bersama."

Dalam pada itu, Farah turut memberitahu sebelum ini Shahrizal pernah mengadu tidak bahagia dengan pertunangan yang diaturkan keluarga itu malah turut berjanji untuk meninggalkan tunangnya untuk bersama Farah.

No comments:

Post a Comment