Sunday 12 February 2012

ZARINA : "media pasti ingin tahu apa yang anda lakukan pada malam itu"

Nampaknya nama aktres dan model tempatan, Zarina Anjoulie yang seringkali terpalit dengan kisah-kisah kontroversi hangat diperkatakan lagi. Terbaru berkaitan dengan artis seberang dari Singapura, Aliff Aziz.
Seperti ramai sedia maklum, Aliff sudah pun menetap di Kuala Lumpur kerana merasakan peluangnya untuk berjaya di sini lebih luas seperti yang dapat dilihat menerusi kejayaan yang ditempa oleh Aaron Aziz dan Ady Putra yang turut berasal dari Singapura.

Walaubagaimanapun belum sempat menempa kejayaan, kini sudah terpalit kontroversi.
Selepas muncul gambar-gambar mesra mereka berpelukan dalam sebuah kereta, kini Zarina menerusi akaun Twitter miliknya telah meminta Aliff tampil untuk memohon maaf kerana didakwa menipu beliau.
Malah aktres seksi berusia 24 tahun ini dikatakan mempunyai bukti yang cukup dan turut mengugut akan membongkar kisah yang berlaku pada 'malam tersebut'.

Dipetik daripada Twitter Zarina, "Aliff Aziz, terima kasih kerana menipu atas segalanya. Saya cadangkan anda datang bertemu saya dan meminta maaf. Saya pasti media ingin tahu apa yang telah anda lakukan pada malam tersebut."

Tidak pasti apa sebenarnya situasi yang berlaku, tetapi diharapkan ia bukanlah satu kontroversi murahan dan diselesaikan dengan baik.

No comments:

Post a Comment