Tuesday 14 February 2012

CINTA KURA-KURA SENTUHAN KOMEDI LUAR BIASA TERBITAN KRU MAMPU MENARIK PELBAGAI LAPISAN KE LAYAR PERAK

CINTA KURA -KURA Filem ke lapan terbitan KRU STUDIO merupakan filem yang berunsurkan romantik komedi ini mendapat sentuhan pertama pengarah baru iaitu NIZAM ZAKARIA.Dalam filem ini juga,gandingan pertama kali antara TIZ ZAQIYAH & ARIEL ZAFREL.

Filem ini mengisahkan hubungan cinta pandang pertama nani lakonan TIZ dengan adam lakonan AERIL ketika baru pindah ke rumah baru yang  terletak di sebelah rumah adam.nani yang tinggal bersama abang nya amin lakonan BOB AF,membela seekor kura-kura jantan bernama nico menggunakan suara ZIZAN yang cemburu dengan kehadiran adam dalam hidup tuan nya iaitu nani.

Nico seekor kura-kura yang bijak dan boleh bercakap membuat satu rancangan bagi membuatkan nani dan adam berpisah,pelbagai konflik dan adegan-adegan yang lucu yang berlaku dalam usaha nico itu.pada masa yang sama watak fazli lakonan fizz fairuz yang merupakan pemilik kedai haiwan yang cuba untuk menjual nico kepada pengusaha restoran makanan eksotik.

Filem ini tidak hanya untuk golongan yang bercinta tapi ianya sesuai untuk di tonton oleh semua lapisan masyarakat khusus nya kepada keluarga yang ingin membawa anak-anak ke pawagam.




sedikit info tentang AERIL ZAFREL & TIZ ZAQIYAH : 
AERIL ZAFREL
Kalau tak jadi artis?
Ahli perniagaan
Saya paling suka buat... 
Tengok DVD
Superhero paling diminati?
Superman 
Buku terakhir dibaca? 
Ya Allah Kenapa Kau Uji Aku 
Filem tempatan paling ‘best’?
Puteri Gunung Ledang
Barang yang masih belum dibeli?
Rumah 
Kereta pilihan? 
Chevrolet Bumblebee
 TIZ ZAQIYAH :
Barang paling disayangi? 
iPad
Tabiat pelik diri sendiri? 
Gigit bibir, kuku dan makan ais
Impian belum dicapai? 
Melancong banyak tempat
Idola? 
Tun Dr Mahathir Mohamad & Angelina Jolie
Aktiviti masa lapang?
Rakam gambar dan melukis 
Kekasih dalam mimpi?
Edward Cullen 
Haiwan yang paling ditakuti?
Lipas 

Selamat menonton & selamat terhibur !!!!



No comments:

Post a Comment