Sunday 12 February 2012

DAFI jadi artis eksklusif stesyen televisyen indonesia

Kerjaya penyanyi dan pelakon Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali dengan nama Dafi, nampaknya semakin cerah apabila berjaya melebarkan sayapnya ke Indonesia.
Beliau juga sudah mengesahkan bahawa kontrak yang diikat selama 1 tahun itu bermula 12 Januari lalu sebagai artis eksklusif stesyen televisyen Trans Corp.

Kejayaan ini dikatakan bertitik tolak dari perancangan beliau sendiri untuk mengembangkan bakatnya di Indonesia. Kejayaan yang dikecapi oleh anak muda ini patut diberi penghormatan kerana bukan senang untuk artis Malaysia memasuki dunia hiburan di Indonesia.

Ditanya tentang adakah selepas ini beliau tidak akan dapat dilihat di sekitar Malaysia lagi, beliau menjawab bahawa masih lagi akan kembali kerana ada perancangan untuknya di sini.

Dipetik dari akhbar harian Kosmo, Dafi menjawab " Saya akan balik ke sini kerana ada lagu solo terbaru yang bakal diriliskan tidak lama lagi. Lagu yang dimaksudkan bertajuk "Bila Cinta Tiada Lagi". Selain daripada itu juga, terdapat beberapa projek lain yang bakal dilakukan di Malaysia. Oleh yang demikian, tiada sebab untuk saya tidak balik kembali ke Malaysia," ujarnya.

Beliau juga menerangkan bahawa di sana, wartawan lebih agresif berbanding Malaysia dan yang pasti beliau sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk semua itu. Sokongan keluarga yang kesemuanya bersetuju akan penghijrahan ini menandakan bahawa apa yang dilakukan adalah untuk kerjaya seninya.

Untuk projek yang bakal dilakukan di sana, Dafi memberitahu bahawa sedang sibuk mengumpul bahan untuk lagu yang akan dimuatkan ke dalam album di Indonesia. Selain daripada itu juga, Dafi turut memberitahu bahawa beliau telah pergi ke casting untuk mencuba nasib sebagai pelakon di sana.

No comments:

Post a Comment