Wednesday 8 February 2012

AZIZ :"Tidak sama langsung daripada filem asal"

Filem "Azura" yang telah menemui penonton pada 2 Februari 2012 merupakan garapan semula oleh Aziz M. Osman daripada filem karya Deddy M. Borhan pada tahun 1984 dengan tajuk yang sama.

Selepas mendiamkan diri daripada bidang ini lebih kurang lima tahun, Aziz tampil segar dengan idea untuk menghasilkan filem yang pernah menaikkan nama Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud.

Walaubagaimanapun menurut Aziz yang mementingkan filem ini agar kelihatan lebih realistik, beliau banyak menggunakan pergerakan tubuh badan dan skrip yang lebih ringan untuk menunjukkan emosi dalam sesuatu babak daripada menggunakan lontaran ayat keterlaluan.

Mengulas lanjut tentang watak Azura yang dilakonkan oleh aktres baru Neelofa, beliau menidakkan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ia meniru filem asalnya.

"Watak Azura ini memerlukan ikon tersendiri dan tidak ada kaitan dengan filem asal. Saya mengetengahkan isu rumah tangga dan memfokuskan persediaan orang muda yang berkahwin di usia awal. Ia tidak sama langsung daripada filem asal," ujar Aziz ketika ditemui di pra-tonton "Azura" yang berlangsung di GSC 1 Utama baru-baru ini.

Berlatarbelakangkan kota Paris, "Azura" yang diterbitkan oleh Ace Motion Pictures Sdn. Bhd. turut menggandingkan Shahrizal Jaszle yang memegang watak Zakaria, Erma Fatima, Afdlin Shauki dan juga Rafidah Es.

Sure ni abg long x tiru cerita asal.........-_-

No comments:

Post a Comment