Wednesday 29 February 2012

BUNOHAN - Antara Artistik Seni dan Realiti Kehidupan

Keindahan teknik sinematografi dan kehebatan lakon layar ternyata dapat di ungkapkan apabila menyaksikan filem BUNOHAN yang sebelum ini telah menerima pengiktirafan dari luar negara. Filem ini ternyata berbeza daripada filem-filem tempatan yang sedia ada kerana berjaya menerapkan pelbagai elemen ketimuran.

BUNOHAN menyentuh tentang sifat keganasan yang di miliki oleh kaum lelaki. Ianya mengisahkan 3 beradik yang terpisah kerana mempunyai sifat dan pegangan hidup yang berbeza. ILHAM (Faizal Hussein) merupakan seorang pembunuh upahan yang tidak mempunyai rasa perikemanusiaan di tugaskan untuk membunuh ADIL (Zahiril Adzim) seorang  pejuang tomoi yang juga merupakan adik kepada Ilham tanpa beliau sedari. Manakala BAKAR (Pekin) , seorang ahli perniagaan yang cuba sedaya upaya untuk merampas tanah milik bapanya dalam apa cara sekalipun.

Kisah - kisah silam banyak menghantui kehidupan mereka dan menyebabkan mereka terpisah dan memilih untuk menyematkan perasaan dendam di dalam hati. Pelbagai konflik telah berlaku dalam mengejar keinginan masing-masing. Setiap babak memberi penerangan inci kepada perjalanan cerita dalam filem ini dan penonton harus memberi tumpuan serta jalan cerita yang sungguh artistik ini membuatkan para penonton terfikir apa yang sedang berlaku dan akan berlaku.

Di fahamkan filem BUNOHAN arahan DAIN SAID ini mendapat pengedaran oleh UNIVERSAL PICTURES yang bertindak sebagai pengedar filem ini di beberapa benua di seluruh negara. TAHNIAH di ucapkan kepada PENGARAH & PENERBIT filem BUNOHAN ini !

Sama-sama kita nantikan tayangan filem BUNOHAN di pawagam berhampiran anda pada 8 MAC 2012 










BUNOHAN : PENIPUAN,PENGKHIANATAN & PERHUBUNGAN KEKELUARGAAN  
                       DISEMARAKAN DENGAN DARAH & MITOS

No comments:

Post a Comment