Wednesday 8 February 2012

MADONNA potong lakonan anak

Penyanyi terkenal Madonna membuat keputusan untuk memotong adegan anak kandungnya sendiri, Lourdes, dalam filem arahannya, "W.E.".

"Terdapat satu babak di mana dia berlakon sebagai Wally ketika muda," ujar Madonna kepada MTV News tentang watak anaknya yang memegang karakter aktres Abbie Cornish ketika remaja.

"Saya menyuruhnya berlakon ketika saat-saat terakhir. Saya tahu ianya tidak adil kepada dirinya untuk saya berkelakuan sedemikian."

Walaubagaimanapun penyanyi berusia 53 tahun ini menyedari bahawa sebenarnya babak anaknya itu tidak diperlukan langsung, lalu membuat keputusan untuk memotongnya.
"Kejam. Saya tahu," gelak Madonna.

"Namun dia sangat hebat! Malangnya saya terpaksa memotong babak tersebut kerana ia tidak diperlukan."
Madonna bernasib baik kerana anaknya yang berusia 15 tahun itu tidak berkecil hati dan menerima keputusan ibunya dengan hati yang terbuka.

"W.E" yang dilakonkan oleh Cornish, Andrea Riseborough dan James D'Arcy mengisahkan per
cintaan seorang janda Amerika, Wallis Simpson dan King Edward VIII.

No comments:

Post a Comment