Monday 27 February 2012

Stunt girl ADNAN SEMPIT 2 berani mati

Siapa sangka gadis berusia 25 tahun ini memegang watak sebagai pelumba motor dalam filem "Adnan Sempit 2"?Pemilik nama sebenar Ilia Iryani Shuib turut memberitahu dia jugalah orang yang sama melakukan aksi merbahaya menggunakan motosikal dalam filem arahan Ismail Bob Hashim ini.

Walaupun terdapat aksi yang ditunjukkan dalam filem ini agak merbahaya untuk seorang gadis, Ilia yang sudah berkecimpung dalam dunia permotoran sejak empat tahun yang lalu tidak gentar untuk melakukannya.
"Saya agak gementar apabila pertama kali diberi peluang beraksi di depan kamera. Sebelum ini saya hanya melakukan aktiviti ini kerana minat, tetapi kini ia bertukar menjadi kerjaya pula," ujar Ilia yang masih menuntut dalam jurusan akuatik biologi di Universiti Sains Malaysia (USM).

Tambah Ilia lagi, tidak banyak yang perlu diulang semula ketika penggambaran dijalankan kerana sudah biasa dengan aksi yang diminta.
Selain daripada itu, Ilia turut memberitahu sepanjang empat tahun dia melakukan aktiviti ini, dia hanya pernah mengalami kecederaan serius iaitu koyak di lutut pada tahun 2009.

"Saya tidak memakan masa yang lama untuk menjayakan babak-babak aksi yang ada. Cuma jika ada pun, ia disebabkan saya terlajak melakukan aksi yang disuruh dan pengarah akan meminta saya kembali mengulanginya.

"Saya pernah cedera ketika melakukan aktiviti permotoran sekitar tahun 2009. Ia merupakan kecederaan paling teruk saya pernah lalui. Lutut saya terkoyak dan ada kecederaan lain di anggota badan. Alhamdulillah, perkara tersebut tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan apa yang saya minati," ujar Ilia lagi ketika ditemui di majlis pra-tonton "Adnan Sempit 2" di TGV Sunway Pyramid baru-baru ini.

Ilia kini sudah bernaung di bawah syarikat milik David Teo, MIG Productions dan bakal membintangi filem yang masih lagi dirahsiakan tajuknya.

"Adnan Sempit 2" yang sudah ditayangkan di pawagam bermula 23 Februari lalu menyaksikan sambungan kisah cinta seorang mat rempit, Adnan (Shaheizy Sam) dengan anak orang kaya, Nadia (Intan Ladyana).

No comments:

Post a Comment