Tuesday 28 February 2012

TAHNIAH Mawi & Ekin

Penyanyi terkenal tempatan, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani kini sudah bergelar bapa selepas isteri tercinta, Ekin telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 4 pagi tadi.
Dipetik daripada laman MStar, bayi sulung mereka seberat 2.8 kilogram telah dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi.

Pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail yang mengesahkan berita gembira tersebut memberitahu Ekin atau nama sebenar Nora'Asikin Rahmat telah diberikan suntikan ubat pelali kerana mengalami komplikasi untuk bersalin.

"Ekin telah dimasukkan ke hospital pada jam 7.30 semalam (Isnin). Melihatkan keadaannya yang tidak boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, doktor memberikan ubat pelali. Syukur Alhamdulillah, kedua-duanya selamat," ujar Nasir.
Nasir turut memberitahu pasangan ini masih belum memberi nama dan enggan mendedahkan wajah puteri sulung mereka buat masa ini.

Sebelum ini Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu. Pasangan ini telah bernikah pada 20 Disember 2008.

P/S : kami akan usahakan untuk mendapatkan gambar baby girl Mawi & Ekin ni ye...

No comments:

Post a Comment