Wednesday 15 February 2012

Hilary duff bakal dapat anak lelaki

Sebelum ini, Hillary Duff pernah memberitahu media bahawa beliau menjangkakan jantina bayi yang dikandungnya ialah lelaki. Ramalan beliau sememangnya tepat apabila beliau baru-baru ini mengesahkan jantina bayi tersebut adalah lelaki.

Penyanyi dan pelakon yang berusi 24 tahun ini memberitahu host Ellen DeGeneres dan penonton umum jantina bayi pertama beliau bersama suami, Mike Comrie di rancangan televisyen "The Ellen Show".
Setelah bertahun mencuba, Duff berkata, dia dan suaminya Comrie seperti tidak percaya apabila mendapat tahu Duff mengandung.

"Suami saya sempat berseloroh mengatakan saya mengandung seperti 12 kali dalam setahun," Duff memberitahu Ellen.
Duff juga memberitahu bahawa beliau tiada alahan atau masalah yang terpaksa dihadapi ketika mengandungkan bayi lelaki ini, tetapi merasakan perasaan yang pelik sahaja.

"Saya tidak mengalami alahan pagi yang biasa dihadapi wanita mengandung, cuma yang tidak dijangka adalah saya mengalami mimpi pelik," Duff menambah, "mimpi itu seperti ada makhluk asing yang telah menguasi badan anda dan secara automatik, badan anda berasa tidak selesa."
Bayi lelaki yang pasti comel apabila dilahirkan nanti dijangka dilahirkan sekitar bulan Mac tahun ini

No comments:

Post a Comment