Monday 20 February 2012

Norish Karman kembali menyanyi

Tiada siapa menyangkakan bahawa pelakon drama bersiri popular "Spa Q", Norish Karman berbakat besar dalam bidang nyanyian.

Mengakui nyanyian merupakan jiwa sebenarnya, Norish membuat keputusan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya dalam bidang nyanyian pada tahun 2012.

Album single Norish akan mula dipasarkan pada bulan depan terlebih dahulu yang memuatkan lagu "Terus Melangkah" hasil ciptaan Damien dan "Rahsia Hati" ciptaan Julfekar yang telah mula diputar di stesen radio tempatan. Manakala album penuh pertamanya dijangka berada di pasaran sekitar pertengahan 2012.

Pada yang tidak tahu, pelakon dan penyanyi berusia 37 tahun ini pernah menyertai pertandingan World Championship Of Performing Arts di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 2006 di mana beliau telah memenangi pingat emas dalam kategori Vokal (R&B).

Buat peminat yang ingin mendengar prebiu lagu-lagu Norish seperti "Rahsia Hati", "Pencinta" dan "Kasihku Selamanya", anda boleh dapatkan video yang dimuatnaik di laman sesawang YouTube.

No comments:

Post a Comment