Wednesday 10 July 2013

NASH ADE TEMAN ISTIMEWA


Vokalis kumpulan rock lagenda Lefthanded, Nash mengakui sedang mengenal hati budi seorang gadis selepas bercerai dengan isteri keduanya yang merupakan pengasas kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya pada tahun 2009.

Menurut laporan daripada Utusan Malaysia, Nash merasakan hubungannya dengan gadis tersebut yang dikenalinya sejak setahun lalu berada di jalan yang betul walaupun mereka masih belum melafazkan kata cinta.

"Antara sebab saya tertarik dengan dirinya adalah melalui nilai kemelayuan yang dibawa dirinya. Selain itu, dia mempunyai keunikan tersendiri untuk menulis diari hidupnya dalam tulisan jawi yang pada saya jarang untuk lihat itu di kalangan wanita kini," kata pemilik nama sebenar Jamaludin Elias ini.

Selepas perkahwinan keduanya berakhir dengan penceraian, Nash dilihat lebih banyak mendiamkan diri daripada berbicara tentang kisah percintaannya.

Semoga hubungan Nash dengan gadis tersebut bakal berakhir di jinjang pelamin.

No comments:

Post a Comment