Sunday 14 July 2013

IZZUE HIRAUKAN KOMEN NEGATIF TERHADAP PERKAHWINANNYA


Pelakon dan penyanyi popular, Izzue Islam berkata, dia dan isterinya Nurinafilah Waharudin tidak kisah dan tak ambil peduli dengan komen-komen negatif ramai berikutan perkahwinannya dengan wanita lebih berusia.

"Saya dan isteri ada membaca komen-komen negatif tentang perkahwinan kami tetapi itu bukan masalah besar kerana yang berkahwin itu adalah kami dan paling penting ia mendapat restu keluarga.

"Kami tidak ambil hati pun apa yang orang ingin kata kerana ia adalah kehidupan kami dan Alhamdulillah kami semakin bahagia sejak bergelar suami isteri," kata Izzue yang selamat diijabkabul pada 2 Jun lalu kepada mStar.

Tambah pelakon filem "29 Februari" ini lagi, kini dia hanya mahu menumpukan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berharap agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Dalam pada itu, Izzue memberitahu dia kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri "Sahabat" terbitan Suhan Movies, namun tetap melaungkan masa untuk berbuka bersama isteri tersayang.

"Jika tidak sibuk saya akan balik ke rumah untuk berbuka bersama-sama dan jika mempunyai urusan kami tetap berbuka bersama-sama di restoran atau pun di lokasi penggambaran."

Dalam perkembangan lain, Izzue dan kumpulan Forteen kini sedang giat mempromosikan single terbaru mereka iaitu "Kita".

No comments:

Post a Comment