Tuesday 2 July 2013

AFIQ MUIZ SUDAH BERBAIK DENGAN IBU


Rentetan kisah pelakon Afiq Muiz, 21, yang menjadi kontroversi apabila dia dan ibu kandungnya bergaduh selepas ibunya, Hasliza Mohamad dalam satu kenyataan telah menggelar Afiq sebagai anak derhaka.

Namun, kini hubungan ibu anak itu telah pun pulih dan kembali seperti biasa.

"Saya rasa media tidak perlu tahu kerana ia membabitkan soal peribadi. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa lagi dengan media. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini.

"Tidak guna saya beriya-iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan. Lagipun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah. Jadi lebih baik saya tidak memberikan sebarang komen panjang lebar," katanya kepada Berita Harian.

Pada masa sama, pelakon drama bersiri "Mimpi Cinderella" itu menyangkal dakwaan yang mengatakan dia mempunyai hubungan dengan pelakon Eina Azman, 18, selepas ada yang mengatakan melihat mereka berpegangan tangan.

"Bila masa pula kami berpegangan tangan? Saya rasa tidak perlulah saya komen hal ini, tolong jangan menambah fitnah ke atas diri saya," katanya yang turut menegaskan bahawa dia dan pelakon itu hanya sekadar kawan baik.

No comments:

Post a Comment