Monday 1 July 2013

HUBUNGAN CINTA JOVIAN & NINA SABRI


Percintaan mereka bagaikan tiada rahsia. Ketika sang teruna sibuk melayan pelanggan, si gadis sabar menunggu dengan penuh setia. Begitu juga kala diminta bergambar bersama, kedua-duanya tidak menolak malah memberikan posisi menarik. Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Bukan saja senyuman manis tetapi bahasa badan serta lirikan mata memberikan petanda mereka sedang dilanda bahagia.

Kala nama pereka muda ini Jovian Mandagie, 27, berada di puncak, kisah percintaannya dengan anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri bergerak seiring dengan perjalanan kariernya.

Bagi Jovian, dia optimis dan bersyukur dengan apa yang diberikan dan tidak pernah menganggap kisah cinta sebagai satu gangguan malah motivasi untuk terus berjaya. Lebih menggembirakan apabila si buah hati, Nina Sabrina Ismail Sabri, 26, begitu memahami dan sama-sama memberikan sokongan.

“Alhamdulillah saya dan Nina saling bekerjasama dan dia sangat menghormati dan memahami kerjaya sebagai pereka fesyen. Bayangkan saya sering ke luar negara dan berada di butik setiap masa, namun dia sangat sabar dan tidak pernah memberikan tekanan kepada saya.


“Malah sejak mengenalinya saya semakin kuat bekerja kerana jika dulu saya sendiri tetapi kini, tumpuan mencari rezeki untuk perancangan hidup bersama. Apa juga yang saya lakukan kini saya harus memikirkan perasaan dia dan keluarga,” katanya yang mula mengenali Nina hanya sebagai pelanggan tetapi selepas kerap bertemu, mereka semakin rapat sehingga terbitnya bibit cinta sejak setahun lalu.


Ditanya mengenai jodoh dan penerimaan keluarga, Jovian berharap agar apa yang dirancang berjalan lancar tambahan pula kedua-dua keluarga merestui hubungan mereka. Baik keluarga Nina mahu pun Jovian, mereka saling mengenali namun semuanya terpulang kepada jodoh. 

“Sesiapa juga yang melalui alam percintaan pasti mengharapkan sesuatu dalam perhubungan. Sekiranya ada jodoh dalam masa terdekat saya tidak akan menolaknya tetapi jika tidak, kami akan meneruskan hubungan seperti biasa.

No comments:

Post a Comment