Friday 5 July 2013

KIM JIN SUNG CUBA NASIB DI MALAYSIA


Kalau nak ikutkan, nama Kim Jin Sung tidaklah segah mana di Korea. Namun kehadirannya dalam industri penerbitan tempatan tetap mencuri perhatian ramai. Tambah pula gelombang k-pop dan drama Korea memang dahsyat melanda di sini. Boleh bikin anak-anak muda histeria kalau bertemu bintang dari negara itu di sini.

Sejarah membuktikan, ramai remaja sanggup berhabis dan meredah apa juga cabaran semata-mata mahu menonton persembahan atau bertemu artis Korea kesayangan mereka. 

Berbalik kepada cerita Kim Jin Sung, apa yang menarik perhatian Sha adalah pasangan Hanez Suraya dalam drama 28 episod, Autumn Di Hatiku ini boleh bertutur bahasa Melayu. Ketika bertandang ke Balai Berita beberapa hari lalu, Sha cuba uji dia dengan bertutur bahasa Melayu dan dia boleh jawab dengan lancar. 

Katanya, dia belajar bahasa Melayu selama setahun di negara kelahirannya. Dia jatuh cinta dengan bahasa Melayu selepas mendengar kawannya yang juga orang Korea bercakap dalam bahasa itu. Tambah teruja apabila pensyarahnya juga menyarankan dia belajar bahasa itu.


Bukan itu saja, dia juga tidak ada masalah menyesuaikan diri dengan budaya Malaysia malah sangat suka makan nasi campur.


Jika sebelum ini kita ada pendatang seni dari Singapura dan Indonesia, sekarang sudah ada dari Korea dan mungkin selepas ini ada kemasukan lagi dari negara lain. 

Penggiat seni jangan pula ada yang menggelupur sebaliknya lihatlah perkembangan ini dari sudut positif.


No comments:

Post a Comment