Tindakan pelakon Nora Danish memuat naik gambarnya menunaikan solat sunat Tarawih baru-baru ini menyebabkan ada segelintir individu telah memberi respons negatif dan menyifatkannya sebagai suka menunjuk.
"Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja. Bukan niat saya nak menunjuk tetapi memang saya suka berkongsi macam-macam gambar dengan peminat," kata Nora kepada Sinar Harian.
Jelas pelakon kacukan Melayu-Myanmar yang berusia 31 tahun ini, tidak ada salahnya untuk dia berkongsi perkara yang baik kerana mungkin para peminat yang tidak pernah sembahyang Tarawih akan cuba untuk bertarawih selepas melihat gambarnya.
Ketika ditanya adakah dia akan membalas kritikan gambar yang dikongsi di laman Instagram tersebut, ibu kepada Putra Rayqal ini mengatakan lebih senang berdiam diri kerana dia masih mempunyai ramai peminat yang menyayanginya.
Beralih kepada hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha, Nora meminta agar pihak tidak bertanggungjawab berhenti membuat cerita dan melaga-lagakannya dengan Fasha kerana mereka sudah pun berbaik-baik. Nora juga pernah melawat Fasha sewaktu kelahiran Putra Rayfal dahulu.
Mengenai perkembangan karier dan rutinnya sewaktu bulan puasa, Nora mengatakan dia menolak tawaran sewaktu di bulan puasa untuk fokus kepada ibadah dan meluangkan masa bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment