Sunday, 14 July 2013

IBU JUSTIN BIEBER KECEWA


Berikutan beberapa kontroversi melibatkan anaknya, penyanyi terkenal Justin Bieber, Pattie Mallette akui anaknya itu tidak akan sentiasa melakukan perkara yang betul.

Bercakap di "Watch What Happens Live", Mallette berkata, "Saya tidak begitu naïf memikirkan anak saya seorang yang sempurna dan akan sentiasa membuat keputusan yang terbaik dalam hidupnya.

"Dia tahu apa yang saya tidak setuju dan dia juga tahu saya bangga dengannya. Orang tidak akan bercakap tentang segala perkara baik dilakukannya. Setiap malam sebelum persembahan, dia akan bertemu dengan kanak-kanak dari organisasi Make-a-Wish. Dia melawat hospital. Dia meluangkan masa dan melawat kanak-kanak yang sakit," ujar Mallette.

Mallette yang merupakan penulis buku "Nowhere But Up" sebelum ini pernah memberitahu "ET Canada" bahawa dia akan sentiasa berhadapan dengan segala masalah yang timbul.

"Saya hanya perlu berhadapan dengannya. Saya rasa ia sama seperti anda menghantar anak anda ke kolej dan belajar membuat keputusan sendiri. Saya akan bercakap dengannya dan dia tahu apa yang saya fikirkan."

Penyanyi berusia 19 tahun ini sering terlibat dengan beberapa siri kontroversi kebelakangan ini antaranya pengsan di atas pentas ketika konsert di London, lewat dua jam dalam satu persembahan dan terbaru sekali adalah video yang menyaksikan Bieber kencing dalam baldi mop sambil mengeluarkan kata-kata kurang enak terhadap gambar bekas presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.

No comments:

Post a Comment