Thursday, 4 July 2013

SHAHZ JASZLE DIKATAKAN BUAYA


Aktres jelita Maria Farida telah menggelar bekas teman lelakinya, aktor Shah Jaszle sebagai 'buaya' selepas diminta mengulas tentang kontroversi ditangkap khalwat baru-baru ini.

Dipetik daripada laporan Malaysian Digest, Maria yang ditemui ketika majlis memperkenalkan produk terbaru Habib Jewels memberitahu dia tidak terkejut dengan berita tersebut, malah menjangkakan perkara tersebut akan berlaku kepada Shah satu hari nanti.


Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri.

"Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya sampai sekarang. Cuma nasib dia kali ini paling besar," ujarnya.

Aktres ini yang enggan mengambil tahu tentang kisah Shah selepas berpisah walaubagaimanapun berasa simpati terhadap tunang aktor drama "Asmara" itu yang dirasakan sangat baik berdasarkan kisah-kisah yang didengarnya. 

"Kasihanlah pada tunang dia, dapat buaya yang macam tu. Lepas satu, satu dia (Shah) perdayakan. Sebenarnya saya malas dan memang tak ambil tahu lagi pasal hidup dia. Saya hanya dengar daripada orang-orang sekeliling yang bercakap pasal hal kontroversi dia itu," tambahnya lagi.

Shah atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dan Maria pernah menjalinkan hubungan beberapa bulan sebelum putus sekitar awal tahun 2011. Selepas berpisah, Shah pernah bercinta dengan aktres muda, Miera Liyana.

Pada 16 Mei lalu, aktor berusia 25 tahun itu telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas dakwaan khalwat di Apartment Taman Sri Subang kira-kira jam 3.30 petang dengan seorang gadis bernama Farah Nurizzati Salleh.

No comments:

Post a Comment