Monday, 8 July 2013

ROZITA NAFI "QUEEN CONTROL"


Pelakon Rozita Che Wan menepis dakwaan kononnya dia bersikap 'queen control' terhadap kekasihnya Zain Saidin apabila dikatakan sering mengganggu dengan membuat panggilan telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika aktor itu berada di lokasi penggambaran.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 42, berkata, gosip tersebut adalah karut kerana dia dan Zain tidak pernah mencampuradukkan soal peribadi dan kerjaya dalam hubungan cinta mereka.

"Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami.

"Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Rozita mengulas mengenai dakwaan dia kononnya dia merajuk dengan kekasihnya itu yang tidak membalas panggilan telefon dan SMS ekoran sibuk dengan aktiviti lakonan.

Dalam perkembangan sama, Rozita berkata, dia tidak tahu bagaimana gosip tentang mereka tersebar dan enggan melayan perkara yang disifatkan sebagai remeh.

Dia juga tidak pasti sama ada cerita itu sengaja disebarkan untuk memburukkannya atau ada pihak yang cemburu melihat hubungannya dengan Zain, 29.

"Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini," jelasnya ringkas.

Sementara itu, Rozita berkata, dia tidak akan berehat sepanjang bulan Ramadan nanti kerana sibuk dengan penggambaran drama bersiri Rumah Kedai selain beberapa projek lain sebelum bercuti berhari raya.

"Walaupun akan sibuk bulan puasa ini tetapi Alhamdulillah itu semua rezeki untuk saya dan keluarga malah saya hanya akan bercuti sekejap sahaja pada hari raya nanti," katanya.

No comments:

Post a Comment