Pada majlis hari jadinya yang ke 29, pelawak dan pengacara Zizan Razak ada mengaku dirinya sudah jatuh cinta dengan seorang gadis. Ramai pihak yang tidak dapat meneka siapakah gadis tersebut sehinggalah timbulnya gosip gadis yang dimaksudkan Zizan itu adalah seorang pelakon jelita yang sedang meningkat naik, Emma Maembong
Meskipun Zizan menafikan perkara tersebut, masih ramai pihak yang menyangka gadis itu adalah Emma. Tambahan pula, tindakan Zizan yang telah melabelkan 'tag' nama Emma dalam dua gambarnya di Paris sempena perlantikan sebagai duta Sony turut menjadi perbualan dan menguatkan lagi gosip mereka bercinta.
"Jika benar kami bercinta, tiada sebab untuk saya menyembunyikannya. Hakikatnya tidak. Tindakan saya tag nama Emma dalam Instagram saya adalah kerana dia begitu meminati Menara Eiffel. Jadi saya mahu berkongsi gambar dengannya, itu saja," katanya kepada Berita Harian.
Sebelum dikaitkan dengan Emma, Zizan juga dikatakan pernah juga dikaitkan dengan pelakon Juliana Evans yang kini sedang menyambung pelajarannya di Michigan, Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, Zizan berkata, buat ketika ini dia hanya mahu focus kepada kerja kerana bimbang tanggungjawab terhadap kariernya akan terjejas jika terlalu asyik bercinta.
No comments:
Post a Comment