"Walaupun mereka menawarkan watak tersebut kepada saya, uji bakat perlu dijalani juga. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan saya dapat watak tersebut," katanya.
Disoal tentang cabaran yang dihadapinya ketika proses dubbing, Haniff berkata sukar baginya untuk menjaga suara agar tidak pecah.
"Saya yang seorang penyampai radio juga boleh pecah suara kadang-kadang. Saya bekerja dari jam 6 pagi hingga 10 pagi. Selepas empat jam bercakap di konti radio, kemudian masuk ke studio dubbingdan bercakap selama tujuh jam pula, ia menyebabkan saya kehilangan suara keesokan harinya," jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Haniff memberitahu dia bakal ke Los Angeles, Amerika Syarikat pada pertengahan Julai ini untuk bertemu dengan barisan pelakon "Planes" yang asal iaitu Dane Cook, Teri Hatcher dan ramai lagi.
"Planes" bakal ditayangkan di pawagam bermula 15 Ogos akan datang dalam dua versi iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment