Wednesday, 3 July 2013

FARID & DIANA DAPAT ANAK LELAKI


Aktres Diana Danielle Danny Beeson telah selamat melahirkan anak lelaki di Ausralia petang Selasa kira-kira jam 4.30 petang waktu Malaysia.

Dipetik daripada laporan mStar, berita gembira tersebut telah disampaikan oleh suaminya, pengarah dan pelakon popular Farid Kamil Zahari kepada Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG), David Teo.

"Farid menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki," katanya.

Pada petang yang sama kira-kira jam 6.30 petang, Farid, 32, telah memuat naik gambar cahaya mata sulungnya itu melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan, welcome to the world my son (selamat datang ke dunia, anak lelakiku).

Farid turut menyatakan berat anaknya itu ialah 9.7 paun (4.3 kilogram).

Sebelum ini Farid pernah menyatakan Diana, 22, dijangka bersalin pada 15 Julai ini.

"Apa-apa pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat," tambah David lagi.

Diana yang sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.

Sebelum kelahiran cahaya mata pasangan ini, industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambarnya mengucup seorang bayi sehinggakan ramai yang menyangkakan itu adalah anaknya.

Namun dakwaan itu disangkal oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang memberitahu bayi tersebut adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.

Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 3 November 2012 dan beberapa bulan selepas berkahwin, Diana telah ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran.

No comments:

Post a Comment