Wednesday, 10 July 2013

FASHA ELAK BERLAKON TERLALU INTIM BERSAMA AARON



 Pasti ramai peminat yang tidak sabar menyaksikan semula lakonan Fasha Sandha selepas melahirkan bayi lelaki comel yang diberi nama Putera Rayfal

Menerusi portal laporan Murai, Fasha yang digandingkan bersama Aaron Aziz menerusi drama Tentang Hati arahan Feroz Kadir memberitahu dia menjaga batas lakonan dengan Aaron walaupun membawa watak sebagai pasangan suami isteri.

Kami tidak kekok melakonkan babak cinta tapi ada hadnya, seperti untuk babak intim dan sebagainya kerana kami masing-masing pun sudah ada pasangan (berkahwin),"" jelas Fasha yang bakal menamatkan penggambaran drama pada 10 Julai ini

Sebelum ini, mereka pernah digandingkan bersama dalam filem "Evolusi KL Drift", jadi memang tiada masalah untuk Fasha dan hero Malaya itu bekerjasama sekali lagi. Turut membintangi drama ini adalah Rusdi Ramli, Anzalna Nasir dan ramai lagi.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd yang bakal bersiaran di TV2 ini mengisahkan tentang Azia (Fasha Sandha) seorang pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan (Aaron Aziz) dan pada masa yang sama, Umar (Rusdi Ramli) turut mernyimpan perasaan kepada Azia.

Baginya, watak yang dibawakan ini mempunyai cabaran yang berat kerana dia terpaksa menjiwai watak seorang isteri yang dirahsiakan statusnya kerana berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa Zaquan namun berasa seronok kerana ia watak isteri baru buat Fasha.

No comments:

Post a Comment