Thursday, 22 August 2013

KONTROVERSI : ADEGAN PANAS MARSHA DALAM FILEM LAGA


Walaupun filem "Laga" terbitan Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd dijangka menemui penonton pada tahun depan, namun trailer yang memaparkan adegan ranjang antara pelakon jelita Marsha Milan Londoh dan pelakon veteran Wan Hanafi Su kini isu yang semakin hangat diperkatakan ramai.

Filem yang dibarisi oleh pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Nasir Bilal Khan, Eman Manan, Ruminah Sidek, Syazwan Zulkifli, Zaidi Omar dan Fadilah Mansor ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada masyarakat biarpun babak di ranjang dengan Marsha yang hanya berkemban itu diselitkan dalam masa singkat.

Mengulas isu tersebut, Marsha yang membawa watak sebagai suami isteri bersama Wan Hanafi Su mengatakan dia hanya bersikap profesional dan tidak pernah terfikir akan pandangan masyarakat kerana babak tersebut bukanlah seperti yang difikirkan. 

"Sebelum penggambaran bermula, pengarah awal-awal sudah beritahu saya terdapat babak atas katil bersama Wan Hanafi Su. Dia menerangkan kepada saya tentang syot dan keperluan babak itu secara terperinci. Sebagai pelakon, saya juga tidak mahu masalah timbul di kemudian hari hanya kerana satu babak itu", kata Marsha seperti dipetik menerusi Kosmo!.


Marsha tidak merasa dirinya digunakan sebagai pelaris filem malah pelakon ini berkata dia selesa sewaktu menjalani penggambaran filem yang berkisar mengenai permainan sabung ayam itu. Dia tidak kisah jika penonton menilainya dari sudut negatif namun mahu orang ramai menonton dahulu filem tersebut sebelum membuat sebarang spekulasi.

Pada masa sama, Wan Hanafi Su juga mengulas kenyataan gosip tersebut dengan mengatakan babak tersebut lebih kepada pendidikan dan bukannya filem porno.

"Dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada memberitahu, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan. Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang difikirkan orang ramai. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol," kata Wan Hanafi Su.

Dalam pada itu, pengarah filem "Laga" Ismail Yaacob turut berkata, dia yakin bahawa filem arahannya ini akan diterima ramai.

No comments:

Post a Comment