Wednesday, 21 March 2012

Tomok : 'saya terfikir kemungkinan di santau'

Dakwaan yang dilontarkan kepada Tomok mengatakan bahawa dia disantau dan mengakibatkannya muntah darah, selain turut dikatakan mengalami penyakit kronik.

Namun perkara tersebut disangkal oleh Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28 tahun yang memberitahu bahawa kejadian muntah darah yang dialami pada Isnin lepas adalah disebabkan faktor salah makan.
"Saya ada juga terfikir kemungkinan di santau, tapi saya hanya muntah darah sekali dan tidak berpanjangan. Saya harap kejadian tersebut tidak berulang lagi dan selepas ini saya haruslah jaga pemakanan saya untuk mengelakkan perkara tersebut berulang."
Dipetik dari laporan mStar, Tomok juga turut memberitahu bahawa dia sudah pun mendapatkan rawatan susulan kejadian tersebut. Pelakon yang membintangi filem "Istanbul Aku Datang" memberitahu keadaannya kini beransur pulih setelah mengambil ubat yang disarankan doktor.

"Alhamdullilah, selepas mengambil ubat dan berehat. Kesihatan saya bertambah elok. Jika berlarutan pun, saya pasti akan pergi ke hospital," jelasnya .

No comments:

Post a Comment