Penyanyi dan juga pelakon Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina BT Syed Hanafi yang popular dengan drama siri Gerak Khas sebelum ini, bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, Elly Mazlein yang memilih Azmi Hatta sebagai teman hidup, memberitahu bahawa perkahwinan mereka kelak akan dilakukan secara ringkas dan melakukan apa yang perlu sahaja.
Ujar Elly, dia turut juga mendapat tajaan untuk perkahwinan mereka namun ia tidak merangkumi semua aspek, jadi yang lain akan diuruskan sendiri oleh keluarganya.
Elly dan bakal suami, Azmi Hatta yang merupakan seorang pengarah filem telah bertunang pada tahun lepas memberitahu persiapan perkahwinan mereka kini sudah separuh telah siap. Dan pasangan ini akan berkongsi untuk memilih warna lembut sebagai warna rasmi dan juga untuk majlis perkahwinan yang menggunakan konsep moden.
Untuk busana perkahwinan, Elly memilih Eila Faizshah dan Datin Lynda Rahim sebagai pereka busana untuk hari persandingan dan hari pernikahan mereka kelak. Untuk resepsi pula, kedua-dua belah pihak bersetuju melakukannya di satu tempat sahaja.
Bercerita tentang hantaran perkahwinan, Elly masih merahsiakan berapa jumlah hantaran, tetapi hanya memberitahu angka 1 untuk wang hantarannya. Jelasnya lagi, perkahwinannya nanti mungkin akan dilangsungkan pada hari lahirnya iaitu pada 17 Disember atau sebelum itu pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment