KAJANG: Juara Akademi Fantasia ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia hanya sebulan sebaik sahaja dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.
Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort di sini pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.
Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang sedang tidur nyenyak ketika itu.
Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai grill selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar banglo miliknya itu.
Banglo mawi di bangi golf club yang di masuki pencuri
No comments:
Post a Comment