Jika ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada ratu rock negara, Ella yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka dikenali sebagai "Mr. A" yang merupakan bekas kekasihnya satu ketika dulu.
Menurut laporan satu portal hiburan tempatan, pemilik nama sebenar Nor Zila Haji Aminuddin ini memberitahu mereka telah menghadiri kursus perkahwinan dan sudah bersedia untuk membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih serius.
Ella turut memberitahu dia tidak ingin membuat majlis pertunangan, sebaliknya memilih untuk terus melangsungkan majlis perkahwinan.
Penyanyi berusia 46 tahun ini walaubagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang identiti kekasihnya itu yang dikatakan seorang yang tinggi lampai dan kacak orangnya.
Pasangan ini dikatakan pernah bercinta satu ketika dulu tetapi hubungan tersebut tidak berpanjangan kerana tidak mempunyai keserasian. Namun takdir dan jodoh menentukan segalanya dan telah menyatukan mereka kembali bersama.
No comments:
Post a Comment