Sebuah laman majalah online telah memberikan komen yang kurang menyenangkan bagi pengiat-pengiat filem tanah air.Komen yang di anggap boleh menjatuhkan martabat filem melayu yang telah memenangi penghargaan dari negara luar dan mendapat pengedaran di peringkat antarabangsa dan telah boleh di katakan menaikan martabat industri filem di malaysia.
Kritikan seperti "MENYUMBANG SEMAK" dan "SAKIT KEPALA" tidak patut kita lemparkan kepada filem terbabit,seharusnya kita sendiri lebih harus untuk memikirkan jalan cerita dan kisah masyarakat yang patut di jadikan teladan dalam kehidupan kita seharian.apa yang di gambarkan dalam filem BUNOHAN boleh dikatakan pekara sebenar yang melanda masyarakat melayu sekarang.
Apa yang cuba disampaikan oleh penulis dengan menyatakan masyarakat malaysia malas untuk berfikir mungkin benar,sebagai bukti jumlah kutipan filem BUNOHAN sangat rendah dan kita tidak seharusnya memberi kritikan sebegitu,Kita seharusnya memberi komen yang membina untuk memajukan lagi industri filem kita.Kenapa orang luar boleh menghargai dan kita hanya mengutuk.
#Kita harus mencontohi masyarakat jepun yang menghargai produk yang di hasilkan oleh rakyat nya dan mengurangkan kemasukan produk luar.
No comments:
Post a Comment