Friday, 23 March 2012
Pameran fesyen MADONNA dari album pertama di Pavillion
Selepas empat tahun sejak album terakhirnya, Hard Candy diriliskan pada tahun 2008, kini penyanyi pop terkenal Madonna muncul dengan album ke-12, MDNA yang bakal dipasarkan pada 26 Mac 2012 di seluruh dunia.
Menampilkan single pertama "Give Me All Your Luvin'" hasil gandingan bersama Nicki Minaj dan M.I.A, Madonna turut bekerjasama dengan artis dan penerbit seperti Martin Solveig yang pernah terlibat dengan album "Ray Of Light", Benny Benasi dan ramai lagi dalam menghasilkan album berentak pop yang bertenaga dan kreatif ini.
Bagi meraikan pelancaran album yang dinanti-nantikan ini, Universal Music Malaysia bakal menganjurkan pertunjukan khas tentang Madonna termasuk muzium yang menampilkan model berpakaian mengikut gaya fesyen sejak album pertamanya diriliskan sehinggalah yang terbaru ini di Pavilion Kuala Lumpur pada 31 Mac 2012 (Sabtu), jam 4 petang.
Peminat akan turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi peraduan yang diadakan serta menyaksikan model-model yang terlibat menyanyikan satu lagu daripada setiap album penyanyi berusia 53 tahun ini.
Selain daripada itu, Universal Music Malaysia turut menawarkan pra-pesanan MDNA yang sudah pun bermula sejak 17 Mac lalu sehingga 25 Mac ini dan peminat akan turut menerima cakera padat edisi terhad single "Give Me All Your Luvin'". Untuk maklumat lanjut tentang pra-pesanan ini, peminat boleh layari laman sesawang www.universalmusic.com.my.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment