Sebuah iklan penyembur badan lelaki yang dilakonkan oleh selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya, Uli Auliani, Marissa Nasution dan Chantal Della Concetta mungkin berhadapan dengan pelarangan tayangan di kaca televisyen kerana aksi seksi yang ditampilkan.
Dipetik daripada detikHot, iklan berdurasi satu minit 19 saat yang hanya boleh ditonton di internet ini dikatakan mampu menimbulkan kontroversi sekiranya ia ditayangkan di televisyen.
"Sememangnya iklan yang dibuat untuk internet kerana takut ia kelihatan sangat seksi," ujar Ocke yang merupakan 'lelaki bertuah' menggunakan penyembur badan tersebut.
Dalam iklan itu, keempat-empat selebriti wanita itu menjelma sebagai 'malaikat' yang tergoda dengan haruman penyembur badan yang digunakan oleh seorang jejaka (Ocke).
Ia dimulakan dengan Uli Auliani tampil dengan pakaian seksi dan mengenakan sayap menarik selimut dan merangkak ke tubuh badan Ocke, diikuti dengan Marissa yang turut tergoda.
Selepas itu, Chantal muncul dengan membawa minum dan buah ceri. Ketiga-tiga 'malaikat' tersebut dilihat bergelak ketawa sambil berlawan bantal dan diperhatikan oleh jejaka itu.
Klimaks iklan ini dapat disaksikan dengan kemunculan Luna Maya yang tampil seksi dan berambut pendek sambil memegang span penuh dengan buih sabun.
No comments:
Post a Comment