Tuesday, 13 March 2012

'Harap mampu bawa lagu ADELE' : SITI NURHALIZA

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza merancang untuk menyanyikan lagu hits Adele untuk persembahan Minggu Setiausaha di Johor Bahru pada April akan datang, menurut laporan The Star.
Jelas penyanyi berusia 33 tahun yang sememangnya meminati pelantun lagu "Rolling In The Deep" ini berharap berjaya membawa lagu idolanya itu.

"Adele mempunyai suara yang mantap dan dia merupakan antara penyanyi cukup berbakat di dunia. Saya berharap saya mampu membawa lagunya," ujar Siti dalam satu sidang media.
Turut membawa lagu-lagu hits seperti "Cindai" dan "Percayalah", Siti memberitahu dia masih belum membuat keputusan tentang lagu pilihannya untuk persembahan berdurasi 45 minit yang bertema merah dan hitam itu.

Siti yang pertama kali bakal mengadakan persembahan Minggu Setiausaha di luar Kuala Lumpur turut memberitahu penerbit dan komposer muzik Aubrey Suwito dan kugirannya akan turut bersama-samanya pada hari tersebut.

Siti bakal mengadakan persembahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada pada 10 April 2012, jam 12.30 tengahari.
Tiket dijual dengan harga RM10,000, RM5,000, RM3,500 dan RM2,500 setiap satu meja.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.persadajohor.com atau hubungi 07-219 8888.

No comments:

Post a Comment