Pelakon yang kian meningkat naik menerusi filem lakonan pertamanya sebagai peneraju utama, Cinta Kura-Kura ini mengakui masih memerlukan publisiti untuk lebih dikenali dalam mengembangkan bakatnya di dalam dunia perfileman.
Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari mengakui akibat kekurangan publisiti menyebabkan dirinya masih kurang dikenali walaupun sudah berkecimpung dalam industri ini hampir empat tahun.
"Kebanyakan artis dikenali kerana publisiti yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan karier mereka," ujar jejaka berusia 24 tahun ini.
Bagi Aeril, jika artis sudah dikenali ramai, maka apa sahaja yang dilakukan oleh mereka atau filem yang dilakonkan pasti disambut baik oleh peminat.
Selepas Cinta Kura-Kura yang sudah ditayangkan pada 1 Mac lalu, Aeril bakal muncul dengan filem 7 Petala Cinta yang bakal menyaksikan Aeril memegang watak yang agak berbeza dari lakonannya sebelum ini.
Filem yang mengisahkan seorang pemuda bernama Attar yang pada asalnya berada di dalam dunia kejahilan mula kembali ke pangkal jalan selepas bertemu dengan seorang ustaz di satu madrasah dalam situasi tanpa dirancang.
Selain Aeril, 7 Petala Cinta yang diterbitkan oleh Metrowealth Production ini bakal melayarkan lakonan hebat daripada Fizzo Omar, Diana Amir, Zafril Sidek serta ramai lagi.
Profil Aeril Zafrel
NAMA SEBENAR: Suhairil Suhari
NAMA KOMERSIAL: Aeril Zafrel
TARIKH LAHIR: 2 Disember 1988
USIA: 24 tahun
ZODIAK: Sagittarius
KARIER: Pelakon, Model
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik
DRAMA: Kisah Kaisara, Kasut Tumit Tinggi, Kita, Senja Permai, Durja Ningsun dan Klik
FILEM: Aku Tak Bodoh, Cinta Kura Kura dan 7 Petala Cinta
No comments:
Post a Comment