Friday, 23 March 2012

Sungguh memalukan nama OWEN WILSON disalah sebut oleh pengacara !!!

Acara makan malam Sapura & Kencana Red Ribbon GP Ball 2012 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur malam semalam telah dihadiri oleh pelbagai nama besar dan kehormat, tetapi insiden kecil yang berlaku telah mengejutkan para tetamu.

Ketika upacara pembukaan acara yang turut dihadiri aktor "Midnight In Paris", Owen Wilson serta selebriti berprofil tinggi, pengacara telah tersalah menyebut nama Wilson dengan memperkenalkannya sebagai 'Owen Williams'.

Katanya, "Ianya satu penghormatan untuk memperkenalkan aktor kegemaran saya, Owen Williams!"
Selepas insiden tersebut, kedengaran para hadirin mengeluh serta turut dilihat pegawai seranta atau wakil Wilson bercakap dengan salah seorang penganjur di dewan berkenaan.

Ianya satu insiden yang memalukan terutama sekali di acara yang dihadiri pemenang Oscar, Adrien Brody, aktres Camilla Belle ("10,000 BC"), penyanyi Leona Lewis, pemain bola Real Madrid, Michel Salgado dan Fernando Morientes, serta bintang F1 iaitu Fernando Alonso, Nico Rosberg, Pastor Maldonado, Narain Karthikeyan, Vitaly Petrov, Heikki Kovalainen, Nico Hulkenberg, Timo Glock, Charles Pic, Jerome D'Ambrosio, Jules Bianchi, Esteban Gutierrez, Sebastien Buemi serta juara tinju David Haye.

Tetamu kehormat di acara tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Leona Lewis turut mengadakan persembahan pada malam tersebut dengan lagu-lagu hits seperti "Better In Time" dan "Bleeding Love".

Acara Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 diadakan bagi mendapat kutipan derma untuk Tabung AIDS Malaysia dan Global Poverty Project bersempena dengan Petronas Malaysia Grand Prix.

No comments:

Post a Comment