Monday 21 November 2011

SHAMSUL YUSOF - PENGARAH MUDA, MEWARISI ZAMAN KEGEMILANGAN AYAHANDANYA.




    Syamsul Yusof, merupakan pengarah muda yang tidak pernah kekeringan idea menghasilkan karya seni di dalam pelbagai genre filem dan drama ini tidak keterlaluan boleh dikatakan sebagai sudah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan ayahanda kesayangannya; Datuk Yusof Haslam.

Walaupun baginya masih terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari, namun melihat kepada anugerah anugerah yang tidak henti diraih, membuktikan bahawa bakat beliau sudah semakin berjaya digilap oleh Datuk Yusof. Namun, tidaklah pula dikatakan bahawa six million dollar man; Datuk Yusof Haslam sudah hilang sinarnya, tidak sama sekali..

cuma seperti apa yang pernah diungkapkan oleh Datuk Yusof di dalam satu majlis berbuka puasa tidak lama dahulu, "Saya membayangkan bahawa Syamsul kini adalah bayangan saya di zaman kegemilangan saya dahulu" sudah cukup menunjukkan bahawa Datuk Yusof amat berbangga dengan kejayaan putera kesayangannya itu.

    Mengimbas kembali filem pertama arahan Syamsul, Evolusi KL Drift sehingga yang terkini iaitu 'Aku Bukan Tomboy' yang sedang hangat ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia, para penonton sudah boleh menilai dan meletakkan sendiri dimana kemampuan Syamsul. Terutamanya, selepas kutipan besar filem KL Gangster sebanyak 12juta yang telah mencetuskan fenomena di dalam industri seni tanah air, semakin membuatkan kita tidak sabar untuk menunggu garapan karya seterusnya dari bakat muda ini. Syabas Syamsul !

    Filem Filem Arahan Syamsul dan Kutipannya:

    1. Evolusi KL Drift (2 juta)
    2. Bohsia (4 juta)
    3. KL Drift 2 (6 juta)
    4. Khurafat (8 juta)
    5. KL Gangster (12 juta)

1 comment: