Wednesday 23 November 2011

INI TIDAK ADIL BAGIKU-YUNA


Bersesuaian dengan lirik lagu "penakut" yang di menangi YUNA di AIM baru - baru ini dalam kategori lagu terbaik telah di tarik balik kerana berlaku kesilapan dalam pengiraan markah oleh juri.lagu 'penakut' yang di cipta sendiri oleh YUNA di anggap tidak layak untuk memenangi lagu terbaik dan anugerah tersebut di berikan kepada lagu 'sedetik lebih' nyayian oleh ANUAR ZAIN lirik oleh EDRY ABDUL HALIM.

Kesilapan ini di anggap memalukan dan akan mengakibatkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap penganjur bagi anugerah tersebut yg di anggap begitu berpestij di negara kita.Bagi YUNA sendiri beliau beranggapan pekara ini ada hikmah di sebaliknya dan TIDAK BERCADANG untuk mengambil tindakan undang - undang.

"saya begitu mengagumi pengajuran AIM sebelum ini" ujar YUNA dan beliau berasa terkilan atas kesilapan yang berlaku.Awal - awal lagi YUNA berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu,lagu haruslah memenangi kategori di pertandingkan.

Bagi pihak penganjur pekara ini tidak harus berlaku lagi di masa hadapan kerana ianya akan menimbulkan kekeliruan dan ketidak percayaan orang ramai serta penggiat muzik tempatan terhadap RIM & JABATAN AUDIT yang diiktiraf.

Petikan lirik lagu "penakut" : ini tidak adil....tidak adil baginya...ini tidak adil...tidak adil bagi ku....kau bukan miliku........

Kepada YUNA kami di PETI SURAT ucapkan all the best!!! untuk album inggeris yang akan di pasarkan di pasaran amerika syarikat tidak lama lagi....

No comments:

Post a Comment