Wednesday 16 November 2011

RUTH SAHANAYA KEMBALI LAGI


Nama RUTH SAHANAYA bukanlah satu nama baru buat peminat seni di malaysia.dikenali menerusi lagu 'kaulah segalanya" yang telah di rakamkan pada tahun1992,Ruth ternyata tetap malar segar kerana ia tetap menjadi pujaan ribuan peminatnya termasuklah generasi baru.

Pernah meraih beberapa anugerah bertaraf dunia,artis yang diklasifikasikn DIVA di indonesia ini pernah membuat persembahan di MIDNIGHT SUN SONG FESTIVAL di finland pada tahun 2002.

Kini Ruth kembali lagi ke malaysia untuk konsert solonya "25 TAHUN KONSERT RUTH SAHANAYA yang di jadualkan pada 17 disember di plenary hall kuala lumpur convention centre.

Menyanyikan lebih 30 buah lagu hit termasuk medley,konsert ini turut mengundang DATUK KHADIJAH IBRAHIM yang bakal menyanyikan 4 buah lagu

Konsert bersejarah ini  di anjurkan oleh A'caralis kuala lumpur sdn bhd dengn kerjasama anak darul aman malaysia di mana hasil kutipan konsert nanti akan di salurkan kepada beberapa badan tertentu antaranya termasuk yayasan sultanah bhiyah & yayasan anak yatim sultanah hamimah.
    
Menariknya konsert ini akan menampilkan para pemuzik Ruth sendiri yang dibawa khas dari jakarta.

No comments:

Post a Comment