Wednesday 30 November 2011

TAHNIAH BUNOHAN !!!

BUNOHAN sebuah filem aksi arahan DAIN SAID yang belum di tayangkan di malaysia telah memenangi  anugerah NETPAC (rangkaian promosi panggung asia) di FESTIVAL TAIPEI GOLDEN HORSE 2011.

filem arahan DAIN SAID ini di pilih oleh juri NETPAC berdasarkan keunikan dan seni kreatif yang di tunjukan serta penggunaan bahasa yang sinematik dan menangani pelbagai isu kontemporari asia.


Sebelum ini filem BUNOHAN telah membuat tayangan perdana nya di FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA di TORONTO pada september yang lalu dan dipileh oleh pihak UNIVERSAL PICTURES untuk pengedaran di UNITED KINGDOM,PERANCIS,JERMAN,AUSTRALIA & NEW ZEALAND.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem BUNOHAN ini terdiri daripada FAIZAL HUSSEIN,ZHAIRIL ADZIM,BRONT PALARAE,SOFFI JIKAN,PEKIN & TENGKU AZURA.

filem ini mengisahkan tiga beradik, seorang peniju tomoi,pembunuh upahan dan ahli perniagaan yang cilik dalam mengharungi kehidupan dan nasib mereka.

BUNOHAN di katakan bakal di tayangkan di pawangan seluruh negara pada 8 MAC 2011.

SYABAS  di ucapkan kepada "BUNOHAN" kerana berjaya mengharungkan industri filem tanah air.

No comments:

Post a Comment