Friday 18 November 2011

Fantasi afdlin shauki dalam "MISTERI JALAN LAMA"


kecendurangan meminati filem - filem fantasi mendorong pengarah filem terbaik FFM ke 22 menghasilkan filem berbentuk fantasi dalam versi ke timuran yang bertajuk "MISTERI JALAN LAMA".filem ini melihatkan kelainan  dari filem -filem arahan beliau yang lebih kepada berbentuk komedi.

menurut afdlin ini adalah filem serius pertama arahan beliau pada masa yang sama afdlin turut menyelitkan elemen-elemen komedi dalam filem "MISTERI JALAN LAMA" ini.

afdlin menyatakan dalam filem ini saya masih mengetengahkan certia mengenai hubungan adik beradik,kalau saya buang semua elemen ini.ianya akan menjadi sebuah drama kekeluargaan yang biasa.untuk menjadikan nya menarik saya mewarnakan nya dengan elemen hantu & misteri , "kata afdlin di akhir perbualan.


Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang.  Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar.  Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long.  Hidupnya kini diburu gangster.  Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu.  Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya.  Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.   

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya.  Indra diminta menghantar Ilya ke sebuah tempat. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster.  Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’.  Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut.   Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan.  Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebenarnya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? nantikan filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki ini bakal menemui penonton pada 24 November 2011.

pelakon : Hans isaac,que haidar,vanida imran,nasir bilal khan,marion counter,gambit


  l

No comments:

Post a Comment