Monday 21 November 2011

SHAHEIZY SAM - berhenti ketika lampu isyarat merah untuk bersama peminat




    Shaheizy Sam, satu nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi di arena seni masa kini, merupakan seorang yang amat mudah untuk didekati. Sangkaan negatif yang acapkali tertusuk ke cuping telinga kita dimana ada yang mendakwa; "Selebriti yang banyak meraih anugerah mahupun meriah dengan tawaran berlakon, akan mula besar kepala". 

Sangkaan tidak berasas itu perlu ditepis kuat apabila masih ada pelopor seni muda seperti Shaheizy ini yang sanggup memberhentikan kereta ketika sedang memandu ke satu acara di Johor Bahru baru baru ini semata mata untuk memenuhi hasrat para peminatnya yang menahan keretanya untuk bergambar bersama ketika lampu isyarat merah. Shaheizy lansung tidak menunjukkan rasa tidak selesa malah beramah mesra dengan peminat peminat kesayangannya tanpa ada sebarang keluhan.

    Kami di PETI SURAT, amat 'salute' dengan tingkah laku Shaheizy yang sentiasa bersikap merendah diri tidak kira dimana sahaja walaupun beliau kini sudah berada ditahap yang amat boleh dibanggakan

2 comments:

  1. yes ! masa terserempak dgn dia dekat pavilion, dia ok je nak bertegor sape *thumbs up!*
    Lurve Sam <3 !

    ReplyDelete
  2. seriosly dia mse kt dtrn merdeka my sis cite dia tlggr bahu my sis..dia berulang kali minta maaf..my sis ckp dia mmg sporting n friendly..xsombong.. salute kamu sam...

    ReplyDelete