Wednesday, 30 May 2012

ZED ZAIDI - PRESIDEN BARU SENIMAN



Aktor Zed Zaidi telah dilantik untuk memegang jawatan Presiden Seniman Malaysia (SENIMAN) bagi menggantikan Harun Salim Bachik yang sebelum ini memegang jawatan tersebut.

Menurut laporan daripada KLPos, perlantikan Zed Zaidi yang juga merupakan Timbalan Presiden organisasi SENIMAN tersebut sebelum ini, telah mendapat persetujuan ketika Mesyuarat Agung SENIMAN yang diadakan untuk memilih ahli jawatankuasa baru di FINAS baru-baru ini.

Sebelum ini, Zed Zaidi telah menggemparkan industri hiburan tanah air apabila dia dengan secara terbuka telah mempertikaikan kelayakan aktor terkenal, Aaron Aziz yang memenangi trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) yang lalu menerusi laman Twitter peribadinya dengan mempersoalkan faktor kewarganegaraan aktor tersebut.

Tindakan lantangnya itu telah dikritik beberapa artis terkenal termasuklah penyanyi No.1 Malaysia Datuk Siti Nurhaliza yang menganggap tindakan Zed Zaidi adalah sebagai tidak profesional dengan membangkitkan isu tersebut.

No comments:

Post a Comment