Monday, 21 May 2012

"saya sendiri berasa malu" NORA DANISH



 Aktres jelita, Nora Danish telah memohon maaf berikutan penyiaran gambar-gambar seksinya dalam majalah Glam edisi Mei 2012 ketika dia berada di tanah suci Mekah baru-baru ini.

"Saya mengakui gambar-gambar yang tersiar agak melampau dan mengaibkan saya. Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu, tambahan pula dengan status saya sebagai ibu tunggal.

"Saya tahu itu salah saya. Oleh itu, saya memohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya," ujarnya.
Ibu tunggal kepada anak lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram ini turut menjelaskan bahawa sesi fotografi tersebut telah dilakukan pada awal tahun lalu.

Sebelum ini aktres berusia 30 tahun yang terkenal dengan imej sopan telah dikritik dan menjadi bualan hangat peminat selepas gambar yang menampilkan aksi ghairah dirakam dan disiarkan ketika dia berada di tanah suci Mekah bagi mengerjakan umrah.

Sementara itu Nora yang dikaitkan sebagai orang ketiga dan punca kegagalan rumah tangga antara aktor Singapura, Ady Putra dan isterinya turut menafikan dakwaan tersebut.

"Saya dan Ady hanya berhubung ketika bekerja. Selepas waktu kerja, kami tidak pernah keluar bersama. Malah kami tidak pernah berkongsi kisah peribadi," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment