Wednesday, 16 May 2012
"saya tidak sakit" MILEY CYRUS
Pelakon dan penyanyi terkenal, Miley Cyrus telah menafikan dakwaan bahawa dirinya menghidap anoreksia selepas susuk badannya kelihatan semakin kurus.
Dipetik daripada laman sesawang E!, Cyrus telah dikecam peminat selepas memuat naik gambar beg makanan ringan Carls Jr. menerusi akaun Twitter miliknya dan memberi komen bahawa dia tidak hanya boleh memakannya.
"Saya tidak boleh makan. Oleh itu saya hanya akan menghidunya sahaja walaupun terliur melihatnya," kata Cyrus di Twitter.
Selepas dikecam peminatnya, bintang Disney berusia 19 tahun ini telah tampil menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa dia alergi dengan gluten dan laktosa sehingga membawa kepada penurunan berat badan secara mendadak.
"Kepada semua yang memanggil saya penderita anoreksia, saya ingin jelaskan bahawa saya alergi kepada gluten dan laktosa.
"Ini bukan sebab masalah berat badan, tetapi sebab kesihatan," kata Cyrus.
Pelantun lagu "The Climb" kini dikatakan memiliki berat badan 45 kilogram.
Sebelum ini teman wanita kepada aktor Liam Hemsworth pernah menyiarkan sekeping gambar seorang wanita yang mengalami anoreksia dan berkata, "Ini adalah kesan yang anda berikan kepada gadis yang anda panggil gemuk. Saya sayangkan diri saya dan jika anda berkata begitu kepada diri anda sendiri, anda mungkin tidak duduk di hadapan komputer dan cuba menyakiti orang lain."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment