Wednesday, 2 May 2012
NEW YORK & EROPAH pilihan bulan madu AWAL & SCHA
Pasangan selebriti yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 4 Mei ini, Awal dan Scha Al-Yahya sudah pun memilih tempat untuk berbulan madu.
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari bersama bakal isteri Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al- Yahya telah memilih untuk berbulan madu di New York sebagai pra-bulan madu dahulu sebelum mereka berbulan madu di Eropah pada Disember ini.v Bercerita tentang kisah cinta pasangan sejoli ini, Awal memberitahu bahawa dia mula tertarik pada Scha sejak kali pertamanya melihat Scha. Ketika itu, Scha merupakan salah seorang daripada 10 finalis Dewi Remaja pada tahun 2007 yang dianjurkan oleh majalah Remaja, dan Awal memberitahu bahawa dirinya telah dipilih untuk beinteraksi dengan finalis-finalis.
"Semua selebriti mahu mengenali Scha. Tapi ketika itu dia tidak beri perhatian langsung kepada saya." Scha kemudiannya telah dinobat sebagai juara Dewi Remaja dan telah mucul dalam beberapa kulit depan majalah dan juga mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama TV serta filem.
Menurut Awal, dia tidak berputus asa untuk memikat Scha, sehingga mereka telah digandingkan untuk mengacara dalam sebuah rancangan realiti pada tahun 2008, dan ketika itulah mereka mula menyulam cinta, namun mereka merahsiakan hubungan mereka. Selepas berasa sudah bersedia baru lah mereka mengumumkan bahawa mereka kini sedang bercinta.
Dalam pada itu, Awal dan Scha berkata mereka tidak sabar menunggu untuk mempunyai cahaya mata.
Scha berkata dia akan menjadi seorang ibu yang tegas dengan anak-anaknya kelak, menakala Awal pasti akan memanjakan mereka.
"Saya seorang yang tegas dan berdisiplin. Contohnya, saya mengambil masa selama 2 tahun untuk mendisiplinkan Awal (Scha tertawa) tetapi kadang-kadang saya gagal."kata Scha.
Awal yang bersetuju dengan apa yang dikatakan tunangnya itu memberitahu sebelum Scha mula membebel padanya, dia akan pastikan ia tidak akan berlaku.
"Saya ni suka buang benda dalam kereta dan dia sangat tidak suka saya buat begitu. Saya lelaki dan kita lelaki ni sememangnya suka buat kotor. Jadi sebelum saya mengambilnya saya akan pastikan saya bersihkan dahulu," ujar Awal kepada Yahoo! ketika dia dan Scha ditemui ketika melakukan 'mock fitting' untuk rancangan realiti tentang perkahwinan mereka untuk Astro Ria dimana segala persiapan perkawinan mereka akan dilakukan oleh pereka fesyen terkenal tanah air, Syaiful Baharim.
Sementara itu, Awal akan mengacarakan rancangan bual bicaranya sendiri buat pertama kali pada 19 Mei ini di Media Prima.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment