Wednesday, 2 May 2012
AISHAH turut sertai bersih
Perhimpunan Bersih 3.0 yang telah berlangsung pada Sabtu lalu di sekitar ibu kota dipenuhi dengan peserta yang memakai baju kuning sehingga menjadi lautan manusia di beberapa tempat seperti di Masjid India, Dataran Merdeka dan Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR).
Penyertaan yang agak ramai itu turut disertai penyanyi yang terkenal di Era- 90 iaitu Aishah, atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin .
Penyanyi tersebut dilihat memakai pakaian kuning yang merupakan pakaian rasmi bagi semua peserta Bersih 3.0 sambil tersenyum.
Bagi mereka yang tidak tahu, Aishah hadir pada hari tersebut bukanlah secara kebetulan, kerana sebelum ini dia juga didakwa menyertai pakatan Parti Islam Semalaysia (PAS) dan berkongsi perdebatan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (kuzim) di Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.
Selain Aishah, selebriti lain yang turut menyertai perhimpunan ini adalah Bob Lokman dibawah naungan PAS manakala seorang lagi penyanyi yang terkenal dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment