Wednesday, 2 May 2012

FASHA SANDHA berbulan madu di PULAU REDANG



Tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) mengambil keputusan untuk berbulam madu di dalam negara sahaja, iaitu di Pulau Redang, Terengganu.
"Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik," jelas aktres berumur 28 tahun tersebut.

"Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja," katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu pada awal Mei ini.
Melalui laporan yang dipetik dari mStar, Fasha juga telah disoal mengenai perjalanan kariernya selepas berkahwin, dan menurutnya kerjayanya akan diteruskan seperti biasa memandangkan Jejai tidak akan menghalangnya.

Pasangan ini yang baru saja meraikan majlis pernikahan mereka di Hotel Crowne Plaza Mutiara, pada malam Jumaat lalu juga menjelaskan mengenai tanggungjawab mereka bersama selepas berkahwin.
"Setiap tawaran lakonan yang saya terima akan kami bincangkan bersama terlebih dahulu," katanya yang bersedia untuk bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja.

Selain itu, pasangan yang sememangnya penuh dengan kontroversi ini telah dinikahkan oleh ayah kandung Fasha iaitu Hassan Umbichi Moideen, di mana majlis tertutup tersebut Cuma dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat dan wakil media.
Majlis resepsi perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung Mei ini di Perlis.

No comments:

Post a Comment